D CHOCOLATE & APPLIQUE FELT CRAFT
menerima tempahan coklat homemade & craft
Jumaat, 10 Januari 2014
tempahan mini pillow saiz a4..
alhamdulillah...bru berjinak2 utk berkraf bg menambah pendapatan dpt tmphn 5 biji mini pillow saiz a4...terima kasih byk2 kerana "order" ngan sy...akan cuba utk buat yg trbaik lg...
Rabu, 11 Disember 2013
Ahad, 1 Disember 2013
Moist chocolate cupcake
(Hidangan 13 biji)
Bahan A :
1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula perang @ gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)
Cawan cup secukupnya
Cara2 nya:
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit
5. Masukkan adunan ke dalam cup dan susun dalam loyang yang di lapik kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. kukus selama 1 jam dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat ... Kalau rajin boleh letak topping..
Topping :
** coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
Caranya :
- Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler
- Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair
- Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. Curahkan ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi kek.
- Hiaskan mengikut kretiviti.. saya tabur coklat rice.
Marvelous!!
Khamis, 28 November 2013
Jumaat, 8 November 2013
Home-made Soft Pretzel
Bahan2
1/2 cawan air
1/2 susu segar
1 sudu kecil yis segera
4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 - 3 cawan tepung gandum serba guna
Sedikit minyak masak
2 sudu kecil butter ( dicairkan )
1 sudu besar baking soda
1 cawan air panas mendidih
Cara2 nk buat
**Satu kan air, susu, yis dan gula biarka selama lebih kurang 10 minit sambai yis berbuih. Biler yis dah berbuih masukkan garam dan kacau sampai garam hancur. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan senduk.
Cara2 nk buat
**Satu kan air, susu, yis dan gula biarka selama lebih kurang 10 minit sambai yis berbuih. Biler yis dah berbuih masukkan garam dan kacau sampai garam hancur. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan senduk.
**Bila kiter dah rasa susah nk gaul ngan senduk tu, bersihkan senduk dan mula lah kiter menguli dengan tangan bersama baki tepung tadi. Uli sampai doh agak elestik dan licin dan xmelekat lg kat tangan dan mangkuk.
**Bersihkan mangkuk dan sapu minyak, kemudian masukkan doh td balik golek2 kan biar semua permukaan doh td berselaput dengan minyak. Kemudian tutup mangkuk dengan kain lembab or cling wrap dan rehatkan doh sampai naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
**Biler doh dah naik. Bahagikan doh pada bahagian2 kecil ( resepi nie aku dpt bahagikan 9 bahagian ). Kemudian gelek kan doh seperti dalam gambar, gelek sampai jd panjang. ( kalau boleh biar halus ckit, kalau tak jd debab cam aku punyer. Sementara membentuk nie korang panaskan lah oven 200c.
**Bila dah cukup panjang, bentuk kan huruf U, Ketemukan hujung dia dan simpulkan 2 kali seperti dalam gambar, kemudia tarik kebelakang dan tekankan dengan jari.
Langgan:
Ulasan (Atom)











