Ahad, 1 Disember 2013

Moist chocolate cupcake

(Hidangan 13 biji)
Bahan A : 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun ) 1 cawan gula perang @ gula pasir 1 cawan susu cair 1 cawan minyak masak 1/2 cawan susu pekat
Bahan B : 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh bikarbonat 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh esen vanilla 3 biji telur (suhu bilik) Cawan cup secukupnya
Cara2 nya: 1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. 2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A. 3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. 4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit 5. Masukkan adunan ke dalam cup dan susun dalam loyang yang di lapik kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 6. kukus selama 1 jam dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa 7. angkat ... Kalau rajin boleh letak topping..
Topping :
** coklat masakan ~ dipotong kecil 1 sudu besar susu pekat 1/2 cawan susu cair 2 sudu besar butter
Caranya : - Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler - Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair - Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. Curahkan ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi kek. - Hiaskan mengikut kretiviti.. saya tabur coklat rice.
Marvelous!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan